22 January 2010

i love my mum!

sejak masuk obgyn jadi rindu kat mama. terutama hari ni. harini ade satu patient yang asyik menangis dan sangat manja. asyik2 mengeluh sakit. setiap kali aku datang cek baby dalam perut dia and check kontraksi rahim dia, dia akan marah aku dan tanya aku bila anak dia nak keluar. dia kata tak tahan dan dia tak nak tunggu lagi dah. dah dua hari dia tak boleh tidur sebab saki. tangan aku merah2 kene pegang dengan dia bila dia sakit (dah banyak patient buat macam tu kat aku. hikshiks). mula2 aku bengang. sakit tau! tapi aku tak dapat memahami dia sebab aku tak tahu macam mana sakitnya nak melahirkan anak. jadi, setiap kali dia marah2 aku pujuk dia bersabar, dan suruh dia istighfar banyak2. tapi dia degil. masih marah2 dan menangis. 

lepas anak dia lahir, aku pergi kat dia lagi untuk cakap tahniah. tiba2 dia pegang tangan aku dan cakap 'terima kasih'. mata dia berkaca2. dia tunjuk aku kat mak dia dan cakap 'dokter ni yang paling tersiksa tadi'. aku rase macam nak menangis. aku tak buat apa2 pun selain bg semangat kat dia. ehe~
patient tu kata, lepas anak dia keluar, terus lupa rasa sakit tadi macam mana. da boleh senyum dan menangis gembira sebab anak dia dah lahir. 


minggu ni aku betul2 nampak betapa besarnya pengorbanan ibu nak melahirkan anak, terutama anak sulung.
sangat2 susah. 
sangat2 sakit. 


we should really appreciate our mother.
so go on and say "i love you, mum!'.
but remember, those simple words are nothing compared to her sacrifices.
think of it.

5 comments:

Ini Blog AnakPakWahab said...

ainul sambut masa baby nak lahir tu ke?

Anonymous said...

anak sape la tu

Farah afiqah said...

salam.
hye.i think ur mum pn loves u very much!gudluck for ur future!selamat menjadi doctor :)

ainulrhy said...

inzz: yup. i sekarang da boleh sambut baby... ehehe~

anonymous: anak orang la... xkn anak kuceng kowt? p.s. kamu tu anak sape? tade name nak beranonymous la pulak =p

ara: salam... hye hye.... thank u my dear. km rajin2 belajar jugak okai...

pakcik kordi said...

wow....terharu kn...

=)

ape2 pun do the best doc....