14 September 2013

nasihat untuk medical student

"dokter, nanti saya nak jadi pakar sakit puan" ujar seorang pesakit berusia 15 tahun kepadaku.
puas aku menahan diri untuk memberi komen negatif.
"ok, kalau macam tu awak kene rajin, ok?" nasihatku.

kepada adik2 yang berminat untuk menjadi dokter, tolong (tolong sangat2) persiapkan mental dari awal.
jangan pernah memandang dokter adalah kerjaya yang glamour.
mungkin sering anda mendengar nasihat sedemikian.
sebab itu adalah hakikatnya.

kadang2 rasa kecewa melihat kawan2 dokter yang berhenti atau 'drifting' gara2 MLM (MultiLevel Marketing). 
sampai ada yang berkata kepadaku "tukang sapu sampah lagi hebat dari awak. gaji dia lagi banyak tau".
ok, bukan nak merendahkan taraf sesiapa. tapi penat aku belajar 5 tahun 6 bulan demi segulung ijazah!
dia pulak boleh suka2 nak label orang? huh!
kawan2, tolong lah betulkan niat --> "aku jadi dokter bukan untuk kaya!"

oh ya.
kalau jadi dokter sebab niat nak tolong orang.
tolong lah fikir balik.
kalau ada orang tua nak melintas, sesiapa pun boleh tolong, kan?
kalau ada orang mengandung berdiri dalam bas atau LRT, sesiapa pun boleh tolong, kan?

kalau jadi dokter, sampai ke tua pun harus dan wajib belajar.
segulung ijazah tidak menentukan apa2.
ibarat mendapat lesen kereta.
adakah itu menjamin anda tidak akan mendapat kemalangan?
sudah tentu tidak, bukan?

jadi, kenapa nak jadi dokter?

aku sedih melihat orang yang jadi dokter tapi ada ilmu ghaib (pandai menghilangkan diri).
untunglah bukan semua orang macam ni.
kalau tak haru biru hospital jadinya.

kepada medical students atau houseman (cewah, macam la aku ni dah senior sangat), contohilah pakar2 yang rajin, attitude bagus (contohnya saling menghormati) dan pandai. 
pengalaman mereka banyak. kadang2 nak sedut dan cerna ilmu mereka agak susah (sebab aku rasa banyak sangat yang tak tahu).

bila dah jadi MO, rasa malas nak belajar tu sangatlah besar.
sekarang tengah sibuk memaksa diri untuk kembali menelaah.
suatu hari, ada seorang pakar berkata kepadaku yang dia sudah putus asa untuk mengajar kami.
katanya sebab kalau masuk telinga kanan, keluar telinga kiri tidak mengapa. ada jugak lekat di kepala walaupun sekejap. ini masuk telinga kanan pun tidak!
(lepas tu boleh pulak ada seorang houseman menyampuk, "eh, masuk je")
ades....

jadi, jom kita buka buku sekarang! ^^

2 comments:

lina zahrah said...

hehe.. comel je entry ni :) good luck ainul!!!

ainulrhy said...

thank u lina dearie ^^