30 November 2013

HANYA Doktor Wanita di WAD&BILIK BERSALIN? Mampukah kita?

Tadi saya membaca link ini https://www.facebook.com/laborroom sebab rasa ingin tahu yang meluap- luap setelah membaca komen kawan sekerja. Tapi malangnya, saya tidak mampu untuk membaca semua komen- komen di situ. Bagi saya, semua orang saling menghentam dan tidak berfikiran terbuka.

Marilah kita semua berbincang mengenai hal ini baik- baik. Duduk semeja, menghadap masing- masing dan tidak meninggikan suara. Boleh tak?

1. Pada pandangan saya, wanita- wanita yang memohon aurat dijaga di kamar bersalin itu adalah mustahil. Sebab wanita dengan wanita pun ada auratnya kan? Jadi kalau nak jaga aurat, boleh tak kami ajar suami puan- puan dan suruh dia yang lahirkan anak kalian?

2. Kenapa aurat di kamar pembedahan tidak dipertikaikan? Tapi kalau aurat di kamar bedah dipertikaikan, macam mana nak memastikan 'sterility' dan kebersihan?

3. Apalah agaknya nasib pakar O&G lelaki kalau anda hanya mahukan perempuan. Penat2 belajar jadi pakar, akhirnya di'reject' di negara yang katanyya kekurangan pakar. Haish. Kesian.

4. Saya bekerja di bahagian pembedahan dan pesakit saya banyak lelaki. Kadang- kadang, saya juga terpaksa memeriksa alat sulit lelaki. Adakah setelah ini saya akan di'ban' dari wad lelaki?

5. Saya pasti kebanyakan dokter adalah profesional. Kami tidak pernah berbincang mengenai aurat pesakit. Trust me, we are so busy with our work to gossip about your 'aurat'.

6. Kalau dokter lelaki tidak diberi peluang untuk belajar, macam mana kalau nanti di 'district' yang kadang- kadang hanya ada dokter lelaki sahaja? Padahal 'aim' kita adalah untuk mengurangkan 'maternal death?'. Kalau 'emergency' macam mana? Nak tunggu dokter perempuan datang baru nak bersalin?

7. Tolong jangan memaksa kami bekerja lebih dari dokter lelaki. Contohnya dalam senario di klinik payudara minggu lepas:

Suatu hari, hanya ada dua dokter wanita dan enam dokter lelaki. Ramai pesakit meminta dokter wanita untuk memeriksa mereka.
Apabila melihat kawan saya yang lelaki menyanyi sambil goyang kaki, saya jadi 'stress' sebab pesakit masih ada tetapi hanya mahukan dokter wanita sahaja.
Hal ini membuatkan sahabat saya yang perempuan yang 'postcall', tidak tidur dari semalam menjadi bertambah 'stress'.  "Kan boleh staff nurse perempuan 'chaperone!" ujarnya.
Akhirnya sahabat saya memberi cadangan agar dokter lelaki tersebut berjumpa pesakit tersebut tetapi dokter perempuan yang memeriksanya.
Bunyi macam mudah. Tetapi untuk memeriksa pesakit kami juga perlu mengetahui 'findings' dan pemeriksaan sebelumnya. Kerja dua kali ini membuat klinik berjalan agak lambat.
Jadi, tolong jangan bising kalau terpaksa menunggu lama di klinik kami, ya.

8. Ramai sahabat saya yang telah berumah tangga stress kerana kurang masa bersama keluarga. Menurut pandangan saya, permintaan anda hanya akan menambah beban kerja dokter wanita.

9. Saya bekerja di wad pembedahan wanita. Setiap kali memeriksa pesakit, kami akan menutup tirai dan menyuruh pelawat untuk keluar wad. Jadi, pelawat harus memahami dan menghormati waktu melawat. Tidakkah anda melihat kami berusaha untuk menjaga aurat pesakit?

Setiap orang ada pandangan berbeza. Tetapi anda harus faham kenapa banyak dokter tidak menyokong petition anda.Ramai juga dokter yang marah dan berkata "Kalau nak pilih, pergilah 'private hospital!".
Bukan apa, kebanyakan pesakit sibuk mengatakan tentang hak pengguna dan marah kerana terpaksa menunggu lama. Padahal kadang- kadang saya nak 'lunch' pun tak sempat. Breakfast pun memang dah selalu 'skip'. Nak pergi bilik air pun kena tahan sekejap sebab kesian pesakit menunggu lama.
Tapi pesakit marah- marah kami tanya bila giliran diperiksa.
Tolonglah. Bukannya saya buat kerja sambil lewa.

OK, mungkin hujah yang terakhir dah 'off topic', tapi rasa penat dengar orang asyik 'complaint' dan 'complaint' dan 'complaint'.
Can you put yourself in our shoes for one day? I bet you can't even stand for one hour.


10 comments:

Anonymous said...

As a fellow physician, I fully agree with your input. I think it's an unfair petition that was poorly thought of. A male doctor can examine a female patient with the presence of a nurse as a chaperone and I think it's utterly acceptable. Female doctors may not always be available in hospitals and/or wards.

Anonymous said...

Setuju pasal aurat sesama wanita tu.. kadang2 manusia ni mahu ikutkan kepentingan sendiri je..
Kalau ikutkan kepentingan saya..saya sebagai doktor wanita tak mahu pesakit lelaki yg memerlukan saya memeriksa mereka di bawah pusat.. tmasuklah appendix kan?

Anonymous said...

Setuju sesangat pasal aurat wanita tu... Aurat wanita sesama muslim adalah dari pusat dan ke bawah. So,it's the same as having a make Dr examining a woman's private parts. Coz you're still exposing your aurat!

Anonymous said...

I dont think that u r fit to write about this issue because even u do not know how to cover your 'aurah' properly...and because of u r not sincere in your works, which means not because of Allah S.W.T., that is why u r 'stress' looking at your fellow male doctors that 'goyang kaki'... if u know that by helping that female patients to take care of their aurah and u will be given pahala for it, I am sure u will not write something like this.

fafa said...

who is this 2dec anonymous? unbelievable

Zulaiha AJ said...

The public just dont know how our condition is. I rasa mereka ade hak to request female doctor, cause if me myself in labour, i prefer perempuan jugak yang sambut my baby. So if still larat and sempat, we do our best to entertain them. But yeah sometimes mmg xlarat or female doc is not available at certain time/centre. So the public perlu dpt more pendedahan tentang cara kerja kite, hopefully diorg akan memahami

ainulrhy said...

thanks to all yang menyokong.
pandangan anda saya amat hargai.

kepada yang cakap saya takde hak menulis, let me remind you yang saya ada hak untuk menulis apa pandangan saya. saya stress bukan kerana tak ikhlas, tapi kalau pesakit banyak dan semua mahu cepat diperiksa dan kami tak mampu, takkan lah x stress.
saya manusia bukan robot.

setiap manusia ada pandangan berbeza. please kindly respect that. thank you

nuratika aziz said...

erm,betul jugak kata akak.thanks for sharing.do drop a visit to my blog :http://bynuratikaaziz.blogspot.com
thank you sis :)

ainulrhy said...

thank u nuratika aziz =)

Anonymous said...

Syer sokong 100% .... kalau raser nk carik doktor perempuan sahaja silakanke private hosp..