30 September 2013

14 September 2013

nasihat untuk medical student

"dokter, nanti saya nak jadi pakar sakit puan" ujar seorang pesakit berusia 15 tahun kepadaku.
puas aku menahan diri untuk memberi komen negatif.
"ok, kalau macam tu awak kene rajin, ok?" nasihatku.

kepada adik2 yang berminat untuk menjadi dokter, tolong (tolong sangat2) persiapkan mental dari awal.
jangan pernah memandang dokter adalah kerjaya yang glamour.
mungkin sering anda mendengar nasihat sedemikian.
sebab itu adalah hakikatnya.

kadang2 rasa kecewa melihat kawan2 dokter yang berhenti atau 'drifting' gara2 MLM (MultiLevel Marketing). 
sampai ada yang berkata kepadaku "tukang sapu sampah lagi hebat dari awak. gaji dia lagi banyak tau".
ok, bukan nak merendahkan taraf sesiapa. tapi penat aku belajar 5 tahun 6 bulan demi segulung ijazah!
dia pulak boleh suka2 nak label orang? huh!
kawan2, tolong lah betulkan niat --> "aku jadi dokter bukan untuk kaya!"

oh ya.
kalau jadi dokter sebab niat nak tolong orang.
tolong lah fikir balik.
kalau ada orang tua nak melintas, sesiapa pun boleh tolong, kan?
kalau ada orang mengandung berdiri dalam bas atau LRT, sesiapa pun boleh tolong, kan?

kalau jadi dokter, sampai ke tua pun harus dan wajib belajar.
segulung ijazah tidak menentukan apa2.
ibarat mendapat lesen kereta.
adakah itu menjamin anda tidak akan mendapat kemalangan?
sudah tentu tidak, bukan?

jadi, kenapa nak jadi dokter?

aku sedih melihat orang yang jadi dokter tapi ada ilmu ghaib (pandai menghilangkan diri).
untunglah bukan semua orang macam ni.
kalau tak haru biru hospital jadinya.

kepada medical students atau houseman (cewah, macam la aku ni dah senior sangat), contohilah pakar2 yang rajin, attitude bagus (contohnya saling menghormati) dan pandai. 
pengalaman mereka banyak. kadang2 nak sedut dan cerna ilmu mereka agak susah (sebab aku rasa banyak sangat yang tak tahu).

bila dah jadi MO, rasa malas nak belajar tu sangatlah besar.
sekarang tengah sibuk memaksa diri untuk kembali menelaah.
suatu hari, ada seorang pakar berkata kepadaku yang dia sudah putus asa untuk mengajar kami.
katanya sebab kalau masuk telinga kanan, keluar telinga kiri tidak mengapa. ada jugak lekat di kepala walaupun sekejap. ini masuk telinga kanan pun tidak!
(lepas tu boleh pulak ada seorang houseman menyampuk, "eh, masuk je")
ades....

jadi, jom kita buka buku sekarang! ^^

Kau ada aku & aku punya kamu (ARHJ 65)



AR : 
Aku sadar bukan mudah 
Untuk mengejar mimpi indah 
Pernah suatu ketika dulu 
Ku punya harapan besar 
Kini aku tak pasti 
Dapatkah ku miliki 

HJ :
Sudah jauh kita tempuh 
Kekalkanlah impian lalu 

AR :
Mungkin ada hikmah 
Yang akan menunggu 
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa 
Setidak-tidaknya coba 

HJ :
Jika halangan menduga perjalanan kita 
Janganlah kau putus asa 
Karena ku ada di sisi setia menemani 
Andai semangatmu gugur 
Genggamlah tanganku 
Kita hampir ke situ 


AR : 
Adakala ku terasa 
Ketabahan tak setegar 
Tetapi apakan daya 
Berhenti separuh jalan 
Percayalah padaku 
Aku yakin kita mampu 


AR & HJ : 
Biar orang katakan 
Rapuhnya harapan 
Bukan mereka tentukan lagi 
Kau ada aku dan aku punya kamu 

Amanlah akhirnya tetap bersama 






" Ya Allah..
peliharalah ukhuwah ini..
Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat..Di jalan Allah.. 
Perhubungan ini adalah perancangan daripadaMu yang mengetahui segala rahsia..
kerana MU lah aku mengenali dia dan kerana Mu jua telah menetapkan ukhuwah itu..
pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang..walau ada yang membenci..tidak mengapa..kuatkan ukhuwah ini ya rabb..jika dia untukku..dekatkan hati kami..jika disebaliknya..redha kan hati kami dan berikan kebahagiaan kepadanya..jaga dia ya rabb..plzzz... :')
Semuanya kerana Allah..
Sungguh...Bukan kerana selain daripada-Nya..
amiin ya rabb.."

written by HJ..
a little note from AR;
oh ye. real song is actually titled "Hampir ke situ" by mendua

08 September 2013

HuSnUzoN (ARHJ Part 64)

berminggu2 aku mengalami 'writer's block'.
berkajang2 nak tulis, tapi satu 'draft' pun tak siap.
akhirnya semua jadi terbengkalai.
haish.

lagipun, sekarang tengah marathon buku Hlovate!
Alhamdulillah, akhirnya HJ bagi jugak novel "Lima tahun lima bulan".
walaupun bukan si empunya diri yang bagi 'by hand' (ye, memang kami belum berjumpa. jangan tanya kenapa. nanti aku nangis. ok).
untung ada adik HJ yang comel jadi 'messenger'.
kalau tak, sampai bila pun tak dapat.
huhu..
oh ya..
yes, finally i have met his sister.
eh, adik dia pulak yang datang jumpe aku dulu. elok sangat la tu.1
nak tahu tak? banyak sangat yang kami bicarakan haritu.
N: macam mana boleh bersabar tunggu abg HJ?
aku: entahla. mungkin sebab dah terbiasa ada dia. 
N: so sweet ^^
tapi rasa lega sikit lepas dah berjumpa dengan adik dia.
setidaknya tau la jugak yang sebenarnye si HJ ni memang wujud dan banyak konflik hidup dia memang betul.
bukannya selama ni aku menganggap dia menipu.
cuma bila belum nampak dia depan mata, macam2 boleh terfikir.
sampaikan pernah suatu hari, HJ memesan aku supaya HUSNUZON (bersangka baik).2

anyway, untuk bersangka baik memang memerlukan kesabaran dan kejernihan hati.
kalau hati keruh sangat, tak reti nak maafkan orang lain, buat kerja tergopoh gapah, cakap tak fikir, memang susah (i was referring to myself).

untung 2 minggu lepas ada pergi Konvensyen Biadadari.
Alhamdulillah, insaf sikit masa pergi ke konvensyen tu.
kawan aku tanya "Kenapa pergi Putrajaya sorang2 semata2 konvensyen tu?"
lalu aku dengan selamba menjawab "kadang2 rohani pun kita kena bagi makan jugak"
HJ gelak gila2 bila aku cerita kat dia pasal perbualan aku dengan kawan aku ni.
ok. i admit that the line is a bit cheesy, but that's the first thing that came out from my mouth. janganla gelak!

ada orang cakap HJ asyik berdalih. dan suruh aku cari orang lain.
menangis HJ bila dengar. tapi nak buat macam mana. nak dekat setahun dah kot? memang padan muke la kan?3  

Prof Muhaya cakap orang pentingkan diri lambat dapat jodoh.
mungkin aku pentingkan diri.
mungkin dia tak datang sebab ada yang kurang pada diri aku ni.4


takpelah ye.
jom introspeksi diri, bedah segala kelemahan diri, dan bersangka baiklah pada si HJ yang entah kenapa tak datang2 lagi jumpa aku.
Boleh tak? ^.^


footnote:
1. ini adalah ayat perlian. sekian, terima kasih.
2. perempuan memang suka fikir bukan2. maaf ye =/
3. awak, jangan marah! nanti cepat tua. ehe~
3. tapi mana ada orang yang perfect!